Memilih Bakal Suami
April 9, 2007Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:
- Beragama
- Berakhlak mulia
- Beradab
- Mempunyai harta dan keturunan mulia.
Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.
Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untukberkahwin.Antara tujuannya ialah:
- Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
- Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
- Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.
April 3, 2007
Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.
Memilih Jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.
Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.
100% grabbed from a wordpress.