Pages

Wednesday, June 30, 2010

Monday, June 28, 2010

pinjamkan aku barang sedikit..

Alamak...desas-desus lapor diri untuk posting dah makin rancak. Maklumat dari KKM, dikatakn 1 julai 2010. Masyaallah ! bersediakah diri ini? Ilmu..fizikal...mental..perasaan..iman...dan keyakinan..? Saya jadi gelisah. Boleh ke ni? Terkadang jadi keliru dan rasa bermimpi. Inilah jalan kupilih 6tahun lalu. Teruskan langkah. Seperti kata ayah, dulu sudah bercucuk tanam dan kini tiba masa memetik hasil. Untuk petik hasilnya, dah tentu perlu usaha. Berbeza dari hasil di akhirat sana, zaman kerjaya bukan lagi waktu bersenang-lenang.


Di ketika ini, saya rasa memerlukan seseorang untuk beri dorongan dan sokongan. Dan yang terdetik dalam hatiku sekian kalinya..hanya Dia. Tuhanku, insan ini perlukan keyakinan dari-Mu. Pinjamkan sedikit. Pinjamkanlah Ya Rabbi !

Saya juga ada melawat beberapa laman motivasi...sebagai pendorong semangat. Antaranya, 7 ciri pemburu kejayaan dari http://www.imotivasi.com/page/2

7 ciri tersebut ialah:
  1. Sanggup bersusah-payah.
  2. Sentiasa dahaga ilmu.
  3. Punya matlamat bertulis.
  4. Tetap pada 1 kemahuan pada 1 masa.
  5. Tetap pendirian.
  6. Kurangkan hiburan buat sementara waktu.
  7. Sentiasa mahu gapai kejayaan yang lebih besar dari sebelumnya.
Mengejar kejayaan di akhirat, tak semestinya kita kena tinggalkan hal-hal dunia. Kejar juga kejayaan di dunia, tapi biarlah kejayaan kita di dunia tak membuat kita lupa pada matlamat asal yakni mahu cemerlang di akhirat.

Dan percayalah, ALLAH mahu kita jadi orang berjaya. Sentiasa Berjaya !

Sunday, June 27, 2010

naik kereta dan makan pisang

Cerita ni dah agak lama. Masa cuti sekolah awal bulan jun. Tak berkesempatan untuk menulis atas halangan yang bermacam-macam. Cerita tentang macam mana saya baru tahu sunnah Rasulallah SAW ketika menaiki kenderaan dan makan buah pisang...

Saya baru tahu adab menaiki; baca doa naik kenderaan dan adab makan pisang ni masa dalam perjalanan pulang ke kampung di Muar, Johor. Adik saya, Hanif (17tahun) yang bercerita. Hehe..mujurlah ada adik yang ambil berat pasal ni. Lagipun, cara penyampaian pun menarik. Santai bersama adik-adik.

Adab baca doa naik kenderaan:

1) Tadah tangan dan berdoa.


2) Kemudian, pandang ke langit dan senyum.


Adab makan pisang:

1) Basuh tangan.
2) Baca Bismillah atau beserta doa makan.
3) Guna tangan kanan.
4) Buangkan kulit pisang. Kerat pisang tu kepada beberapa bahagian (~2ruas jari) dengan menggunakan tangan.
5) Belahkan bahagian2 kecil tu kepada 3 dan makan satu-persatu.






Saturday, June 26, 2010

sepi berlalu...

Lama dah tak update blog saya ni. Sejak mula cuti sekolah, bila adik2 ramai pulang, jarang sekali nak update. Tambah lagi, saya dan keluarga pulang ke Johor melawat atuk. Kemalasan untuk menulis di sini makin melarat. Kemudian, sibuk pula dengan adik yang akan ke universiti selepas tamat pengajian di matrikulasi. Tak habis di situ, saya ditimpa sakit demam selesema pula hingga saat ini. Aduh, tak larat sungguh walau sebenarnya tidaklah begitu serius. Sengsara bila nikmat sihat hilang sekejap. Terlantar jadinya. Moga musibah ini jadi kaffarah (penghapus) dosa-dosa silam dan akan datang.

Allahumma 'afini fi badani
Allahumma 'afini fi badani
Allahumma 'afini fi badani

Friday, June 18, 2010

baby panda!










Wednesday, June 9, 2010

peringatan



*********************************

Monday, June 7, 2010

kalau offer rm10,000..?



Di kala musim kenduri kawin begini, keluarga saya tak ketinggalan berbicara tentang walimah.

Ibu ada bertanya...
"kalau nak kawin nanti...katakan,ayah bagi pilihan; nah, ada rm10,000. Cash. Ada 2 pilihan:
1) buat kenduri guna duit tu
2) ambil je cash sebanyak tu untuk kegunaan rumahtangga. Untuk walimah, buat saja kecil-kecilan cth: buat bacaan Yaasin di surau tetangga+jamuan seperti bihun sup atau goreng atau sebagainya yang bermodal kecil"

"Hanif..? nak pilih yang mana?" Diam. Hanif pilih yang ke-2.
"Adam..?rasa-rasanya nak kenduri atau ambil?" Adam tergelak. Entah. Tak dapat nak pilih.
"Kakyo pulak?" hehe..saya sengih saja..tak tahulah ibu..tak boleh nak pilih lagi.

Di bawah, saya sertakan beberapa rujukan yang berkaitan. Maka, kita pilihlah yang paling baik !

Saturday, June 5, 2010

nak baca lagi


Alhamdulillah...syukur sangat rasanya bila dah mula berblog. Seronok ! Sejak dah punya blog sendiri, saya makin rajin untuk blog-walking. Bila sudah merayau-rayau, jumpa ramai orang. Betul kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengetahuan...walau di alam maya.

Saya dah rasa rindu untuk ber'usrah' bersama kawan2 dan kakak2 usrah. Kalau dulu, terasa berat untuk gerak pergi usrah (bermacam alasan dicari untuk ponteng), tapi sekarang hati sudah rindu. Mujurlah saya di beri ilham untuk berblog. Dapat jumpa ramai kenalan yang bergiat dalam usrah dan dakwah. Terpalit perasaan usrah tu kembali. Rindu !

Makin teruja dengan dunia blog, makin banyak input yang saya nak kutip di setiap blog yang saya jumpa. Luas sungguh ilmu Allah..banyak sangat ! Mudah-mudahan sisa umur saya ni akan beroleh sedikit daripadanya, insyaallah.

Thursday, June 3, 2010

soulmate


"dayah, cut ties already la..he is either worth it or not ..."

"di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istikharah daripada Allah Taala dari segala urusannya"

Bila berbicara soal jodoh..saya jadi risau.Bukan sebab lambat atau cepat,tapi siapakah yang terbaik untuk diri yang serba kekurangan ini. Banyak lagi usaha yang belum saya lunaskan untuk mencapai kebahagiaan bertemu pasangan yang terbaik; yakni baik untuk kehidupan dunia dan lebih-lebih lagi akhirat sana. Doa. Sunat hajat. Dhuha. Istikharah..tahajjud yang berkekalan tiap malam. Sungguh, untuk beribadah itu perlukan iman yang teguh!

Teruskanlah berdoa. Moga diri ini kuat. Bukan saja untuk jodoh,malah menempuh dunia yang melekakan. Ya Rabb ! aku lemah tanpa Mu.

[ibarat si lebah membaiki sarang]

Wednesday, June 2, 2010

mengkaktus bukan menganggur !

Haa...orang kata,kalau dah habis menuntut ilmu di universiti,kemudian melepak saja di rumah..namanya menganggur. Tapi,saya lain sikit ye..saya ni mengkaktus. Hehe..dah takde keje sangat kan..saya ada beli kaktus (3bijik) masa pegi ikut budak sekolah teknik taiping pegi melawat tanah tinggi cameron. 3bijik kaktus = rm5. okey la tu kan. Saya beli yang kecik je. Entah sudah berapa minggu saya jaga. Sekarang mereka (kaktus tu la) dah kelihatan membesar dengan sihat! They need more spaces to grow up. Hari ni,saya keluar ke tesco beli barang2;

black soil : rm1.18/3kgs (1packet)
pasu : rm1.80 each (3pieces)

untuk pindahkan mereka ke pasu yang lebih besar supaya dapat membesar lagi ! Seronok tau tanam kaktus ni..lebih2 lagi bila ada masa lapang macam sekarang ! hehe..





skin[now i do]care !




Terasa nak mencuba produk ni..hehehe.. ^_^

Tuesday, June 1, 2010

pergilah dunia


Perlahan-lahan Ku Jejak Kaki
Terus Melangkah Untuk Mencari
Suatu Arah Yang Masih Belum Bagi Ku Temui

Apakah Kerana Dosa Silamku
Masih Membayangi Diri Ini
Hingga Tak Mampu Untuk Ku Lari
Dari Belenggungnya

Apalah Daya HambaMu Yang Lemah
Kerana Kekosongan Jiwa
Penuh Hasutan Nafsu Bergelora

Hanyalah Padamu Daku Berserah
Tunduk Dan Sujud Menyembah
Mengharap AmpunMu Ya Allah

Pergilah Oh Dunia
Jauh Dari Hati Ini
Kerana Kasihmu Hanya Sementara

Aku Hanya Mengharap
Padamu Ya Allah
Menemani Jiwaku Yang Lemah Tak Berdaya

Terasa Diri Ini
Sentiasa Mengadu Padamu

waiting


Masih lagi menunggu.....sabarlah sikit Hidayah!
Related Posts with Thumbnails