Pages

Tuesday, January 25, 2011

officially released AHK 5509


Alhamdulillah, hari ini 25 januari 2011, saya dah dapat myvi SE pearl white impian !

Hehe..tapi dapat jumpa sekejap je..1jam. Ayah & ibu bawa dari taiping ke seberang jaya. Hee..seronoknya. Macam tak percaya dah dapat. Officially, my plate is AHK 5509. Tak sempat nak ambik gambar, so saya letak gambar hiasan semata-mata okeyy!!!




Saturday, January 22, 2011

jangan mengata orang...

Akhirnya, saya juga terpaksa melalui saat ini. Belajar, belajar dan belajar. Graduasi. Kerja, kerja, kerja, kerja, kerja.....
:
:
:
kawin??

Hahaha..tiba-tiba rasa tak nak dah. Rasa tak puas pula hidup single. Dulu, sedap je mengata kat kakak saya. Cepat la kawin. Dah habis belajar ni. Cepatla..
Sekarang, dah sampai giliran saya, memang kena smash balik la kan. Menyesal pula mulut ni mengata orang dulu-dulu...

...tapi, pleeeasseee...betul-betul tak nak jadi macam kakak saya dulu!


Friday, January 21, 2011

Thursday, January 6, 2011

Super Junior(슈퍼주니어)_너 같은 사람 또 없어_뮤직비디오(MusicVideo)

Menanti Belahan Jiwa

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya,bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya,Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.

Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

[cik lebah grabbed the text 100% from iluvislam ]

Wednesday, January 5, 2011

Myvi SE ZHS - March 2011

Inilah kereta idaman saya (tapi kaler pearl white)...Myvi SE ZHS. Saiz die tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Just nice! Lagipun, saya biasa drive kereta kecik2 comel je..kancil, kelisa, naza sutra. Hehe...semuanya jenis takde bonet belakang.
Saya target nak beli lepas dapat gaji bulan Mac 2011. Tahun ni la. Sebab ape bulan Mac? Kenapa tak beli dulu2 lagi? Kenapa tak beli masa April..Jun??
....sebab..
#1 mestilah bajet kewangan ! (down payment rm10,000)
#2 sempena hari lahir saya...4 April 1986 !
#3 juga sempena (Insyaallah) masa tu dah selesai menghadapi forensic exam !
#4 ...entah la...banyak sebab lagi hehehe..

Mudah2n Allah permudahkan urusan saya untuk memiliki kereta impian saya ni. Sukanya ada kereta sendiri..(walaupun tahu tanggungan akan bertambah)..boleh decorate comel2..bawak adik2 pegi jalan2...macam2!

Tuesday, January 4, 2011

marriage

jodoh.
ia betul-betul rahsia Allah.
buat aku tertanya-tanya...tertunggu-tunggu..
Related Posts with Thumbnails