Waiting for our little princess...
Tuesday, June 4, 2013
Saturday, August 25, 2012
5 Hari Sebelum Nikah
Assalamualaikum. Hehe..lama sungguh tak post kat sini. Sibuk. Hati teringin benar nak menulis,tapi seperti takde masa.
Hari ni, 25 Ogos 2012, Sabtu, 5 hari sebelum hari akad nikah.
Majlis akad nikah akan diadakan Insyaallah pada malam 31 Ogos 2012, Jumaat.
Rasanya,hampir 80% persiapan dah selesai. Hmmm masih byk lagi,20% yg belum selesai.
Moga dipermudah urusan kami ini ya Allah..
Hari ni, 25 Ogos 2012, Sabtu, 5 hari sebelum hari akad nikah.
Majlis akad nikah akan diadakan Insyaallah pada malam 31 Ogos 2012, Jumaat.
Rasanya,hampir 80% persiapan dah selesai. Hmmm masih byk lagi,20% yg belum selesai.
Moga dipermudah urusan kami ini ya Allah..
Monday, June 11, 2012
k h i t b a h
ini cerita bergambar
tentang kisah cinta
si lebah mencari manisnya madu
dan akhirnya bertemu
jejaka idaman kalbu ^_^
enjoy the pics!!
~peace!~
~musyawarah~
~keluarga tercinta~
~gementar~
~cincin disarung tanda setuju~
~bakal mak~
~mengiringi mereka pulang~
~wishing goodbye~
::here is our simplified chronology::
~kumbang merisik si lebah~
~si lebah merisik bersama ibu ayah~
~engagement day~
::mudah-mudahan berjodoh sampai ke syurga..Insyaallah::
Sunday, May 13, 2012
Ikhtiar Mencari Imam
Assalamualaikum kawan-kawan ^_^
rindunya kat si lebah ni.lama sungguh tak menulis.rasanya sejak re-posting ke hospital parit buntar,saya dah menjauh dari si lebah.mungkin atas sebab kesibukan menguruskan hal-hal kerja; official dan peribadi.Alhamdulillah,seperti kata-kata motivasi,walau apa pun berlaku,kita mesti terus ke hadapan atau mungkin paling tidak pun berhenti rehat seketika.memang penat menghadapi hidup dan kehidupan dunia sebab Allah tidak menjanjikan kesenangan yang berpanjangan itu di dunia tapi di hujung akhirat sana.
dan syukur tak terhingga dalam hati saya kepada Maha Pencipta, Maha Pengurnia...Allahurabbi..saya sangat banyak berhutang dengan-NYA.jika hendak dikira nikmat itu tidak terkira.dan yang paling berharga itulah Islam dan Iman.Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.
syukur,saya ditempatkan untuk bertugas di hospital parit buntar,perak selepas tamat latihan siswazah di hospital seberang jaya,penang selama 1 tahun.semasa proses pertukaran itu juga saya menghadapi ujian kerana kelewatan surat pertukaran.saat itu,saya belajar untuk bertindak lebih matang,lebih tegas dan lebih bijak.mujur juga ada ibu ayah yang membantu.
dipendekkan cerita, bila saya berpindah ke hospital parit buntar, saya bertekad untuk berusaha mencari imam saya, mudah-mudahan imam di dunia dan akhirat kelak. saya bertekad untuk tidak lagi terlalu memilih. yang penting, 4 perkara yang Rasulallah SAW sebutkan; rupa, harta, keturunan dan agama, maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan diredhai.
pelbagai ikhtiar yang saya usahakan dalam proses mencari imam. selain berdoa, solat,berusaha memperbaiki diri...saya meminta beberapa kenalan yang baik2 untuk perkenalkan saudara atau rakan yang ada berniat untuk mencari calon isteri.
ALHAMDULILLAH...dan akhirnya, saya yakin dengan takdir Allah yang menjanjikan pasangan yang paling sesuai dan paling baik untuk hamba-Nya...
...to be continued.
Subscribe to:
Posts (Atom)