Pages

Wednesday, October 13, 2010

smile!!!




on the stage




bersama ibu , ayah dan kakmah!!
terima kasih semua

Monday, October 11, 2010

appreciate & motivate

Dah lama sangat tak update blog ni...aduh..kurang istiqamah. Terlupa pada janji kepada diri sendiri utk terus menulis bila dah ada blog. Susah2 saya berusaha nak mula berblog, dah baru beberapa bulan (belum sampai 1thn) , makin berhabuk ..bersawang sarang si lebah ni. Dulu kata nak nak jadi si lebah....mestilah kenalah rajin!!!

Kali ni nak cerita tentang appreciate & motivate. Currently, saya attach di klinik kesihatan seberang jaya. 2 hari pertama tu saya tak dapat datang sebab konvo. Hari rabu (3rd day), baru la dapat datang.

Dipendekkan cerita, saya diberi tugasan oleh ketua pegawai farmasi di situ utk buat graf tentang study of use of ranges of anti-diabetic. Aduhhhh...excel la pulak. Saya memang out betul kat excel ni....hehe..tidak excellent utk excel. Tapi, saya terima jela tugasan tu. Takkan nak tolak kot. Cuma apa yang nak disampaikan disini ialah berkaitan leadership skills.

Saya kurang setuju dengan cara pegawai tersebut delegate task. Tegas itu perlu tapi ada caranya. Dan paling penting, sebagai orang atasan, bagi saya, appraisal sangat penting. Ini adalah salah satu kaedah utk memaksimakan hasil kerja disamping mendapat kualiti yang paling baik. Bukan hendakkan pujian utk melakukan yang terbaik, tapi fitrah manusia itu sendiri...bila dihargai, maka mereka akan lebih berusaha dari yang biasa. Haa...ingat! Pujian pun ada caranya. Tak lebih, tak kurang...mestilah sedang elok saja. Inilah leadership skill yang tak semua orang ada tapi semua orang boleh usahakan jika mahu.

Contoh positif yang saya nak bawa di sini ialah seorang lagi pegawai di KKSJ. Sebolehnya saya nak contohi cara dia. Bila saya diminta utk tolong buat sedikit kerja, dia minta dengan sangat sopan. Tak terlalu menyuruh. Sambil2 tu dia bual2 tentang hal2 lain yang santai. Dan paling menarik hati saya, bila saya selesai 1 kerja yang mudah, mesti dia hargai..

" wah..very good hidayah!"

...dengan gaya two thumbs up.

dan lagi, bila saya dapat selesaikan semua tugasan, dia hadiahkan key chain!

Sedangkan key chain tu biasa2 saja...saya rasa seronok. Pulang ke rumah dengan hati yang riang ^_^

Saya nak jadi pegawai yang best mcm tu juga !!!

my convocation 041010

Alhamdulillah...akhirnya saya berkesempatan untuk merasai kegembiraan menyambut graduasi/majlis konvokesyen. Lama tau nak tunggu konvo...almost 6 years!! Macam tahap budak medic, tapi farmasi je.

Gembira sangat. Saya nak upload pix kat sini, tapi line sangat slow...so next time jela ye.

Rasa macam hari konvo tu berlalu dengan cepat. Tak puas. Nak konvo lagi!...so kena la belajar lagi!

Friday, October 8, 2010

entri pertama oktober

alhamdulillah...majlis konvokesyen saya untuk graduasi ijazah sarjana muda berlangsung dengan lancar...walaupun di awalnya ada sedikit kekalutan.
takde apa sangat nak cerita..so, jom kita layan gambar jela!!


Wednesday, September 22, 2010

before..

Memilih Bakal Suami

April 9, 2007

Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.

Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami

Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untukberkahwin.Antara tujuannya ialah:

  1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
  2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
  3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

April 3, 2007

Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.

Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.

Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.


100% grabbed from a wordpress.

Related Posts with Thumbnails