Pages

Monday, October 11, 2010

appreciate & motivate

Dah lama sangat tak update blog ni...aduh..kurang istiqamah. Terlupa pada janji kepada diri sendiri utk terus menulis bila dah ada blog. Susah2 saya berusaha nak mula berblog, dah baru beberapa bulan (belum sampai 1thn) , makin berhabuk ..bersawang sarang si lebah ni. Dulu kata nak nak jadi si lebah....mestilah kenalah rajin!!!

Kali ni nak cerita tentang appreciate & motivate. Currently, saya attach di klinik kesihatan seberang jaya. 2 hari pertama tu saya tak dapat datang sebab konvo. Hari rabu (3rd day), baru la dapat datang.

Dipendekkan cerita, saya diberi tugasan oleh ketua pegawai farmasi di situ utk buat graf tentang study of use of ranges of anti-diabetic. Aduhhhh...excel la pulak. Saya memang out betul kat excel ni....hehe..tidak excellent utk excel. Tapi, saya terima jela tugasan tu. Takkan nak tolak kot. Cuma apa yang nak disampaikan disini ialah berkaitan leadership skills.

Saya kurang setuju dengan cara pegawai tersebut delegate task. Tegas itu perlu tapi ada caranya. Dan paling penting, sebagai orang atasan, bagi saya, appraisal sangat penting. Ini adalah salah satu kaedah utk memaksimakan hasil kerja disamping mendapat kualiti yang paling baik. Bukan hendakkan pujian utk melakukan yang terbaik, tapi fitrah manusia itu sendiri...bila dihargai, maka mereka akan lebih berusaha dari yang biasa. Haa...ingat! Pujian pun ada caranya. Tak lebih, tak kurang...mestilah sedang elok saja. Inilah leadership skill yang tak semua orang ada tapi semua orang boleh usahakan jika mahu.

Contoh positif yang saya nak bawa di sini ialah seorang lagi pegawai di KKSJ. Sebolehnya saya nak contohi cara dia. Bila saya diminta utk tolong buat sedikit kerja, dia minta dengan sangat sopan. Tak terlalu menyuruh. Sambil2 tu dia bual2 tentang hal2 lain yang santai. Dan paling menarik hati saya, bila saya selesai 1 kerja yang mudah, mesti dia hargai..

" wah..very good hidayah!"

...dengan gaya two thumbs up.

dan lagi, bila saya dapat selesaikan semua tugasan, dia hadiahkan key chain!

Sedangkan key chain tu biasa2 saja...saya rasa seronok. Pulang ke rumah dengan hati yang riang ^_^

Saya nak jadi pegawai yang best mcm tu juga !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails