Pages

Thursday, March 24, 2011

c.i.n.t.a.


Subhanallah.Cinta.Ya Tuhan, izinkan aku merasa sedikit cinta dari seorang lelaki bernama suami.Ya Allah, izinkan ku dan dia berjodoh di dunia dan ku pohon pada-Mu, panjangkanlah jodoh kami sampai ke syurga-Mu


Sunday, March 13, 2011

exam datang lagi !

Exam datang lagi !!! Yahahaa..dah lama saya tak menghadapi exam. Hampir setahun agaknya. Bila saya bagi alasan tak nak pegi ke mana2 sebab nak study..sebab nak exam...orang pun tanya, exam? exam apa lagi nye?? dah keje kan..

Forensic exam. Law exam. Exam undang-undang. Exam untuk dapat lesen farmasi.

Pelbagai jawapan aku bagi. Orang ramai masih tak berapa kenal kerjaya farmasi ni. Jadi, banyak perkara yang nak kena explain bila cakap pasal skop kerjaya farmasi.

Mungkin dalam 5tahun akan datang orang ramai akan memahami apa itu farmasi, siapakah ahli farmasi dan apa peranan farmasi dalam program kesihatan.

::forensic exam 21 mac 2011::
bittaufiq wan najah fil imtihan

Thursday, March 3, 2011

ibu,kakyo minta maaf...

semalam aku naik angin lagi. aku marah-marah.menghentak-hentak.Astaghfirullah.sesudah subuh pagi tadi, baru aku bagai tersedar dari mimpi.tak habis-habis dengan perangai naik angin tak memasal.aku pun tak faham dengan emosi aku sekarang..lebih-lebih lagi bila disuruh berkahwin.cepat saja terbabas dengan nafsu amarah.sedangkan Allah sungguh tidak suka begitu.yang menjadi mangsa...ibu.mungkin sebab sudah tahu,ibu sangat sayangkan anaknya.ibu takkan marah aku seperti aku naik angin.Ah!betul-betul alasan yang tidak patut.lama-lama terasa perangai aku yang lekas naik angin ni semakin melarat.tapi,ibu...aku bukan berniat untuk marahkan ibu.aku nak meluahkan marah kepada orang lain tapi tak tahu nak meluahkan rasa marah tu.dan akhirnya tempias kepada yang paling disayangi.

ibu,kakyo minta maaf.

Ya Rabb,didiklah hati ini dengan kasih sayang.


Related Posts with Thumbnails