salam untuk semua...salam Ramadhan kareem. Masyaallah,cepat sungguh masa berlalu. Hari ni 25 ogos 2010 dah pun bersamaan 15 Ramadhan 1431. Ramadhan berlalu tahun lepas, sudah setengah Ramadhan kali ini. Saya pun dah lama sangat tak menulis di sini. Entah apa yang disibukkan semenjak menempuh dunia kerjaya. Masa itu ada, cuma mungkin saya tak berjaya mengisinya dengan se-optimum yang boleh.
Pengalaman berkerjaya? Alhamdulillah. Lepas hampir 2bulan bekerja, sedikit sebanyak saya dapat sesuaikan diri. Badan pun dah agak biasa dengan waktu kerja 8pagi-5petang. Lebih syukur lagi, sudah 2bulan gaji yang saya terima. Ya Allah, moga Engkau berkati rezeki yang dikurnia ini!
Tak banyak yang saya nak cerita kali ini.Andaikata hendak di tulis semua pengalaman yang dilalui,memang banyak.Pelbagai jenis manusia yang saya dah temui dan mungkin semakin dikenali.Alhamdulillah! inilah nikmat dari Tuhan.Kepelbagaian sifat manusia.Maka kehidupan manusia sejagat jadi berseri.Ada begitu,ada begini.Cuba bayangkan kalau-kalau semua manusia bersifat begitu sahaja;tak ada yang begini,mungkin hidup jadi membosankan atau lebih menakutkan jadi kucar-kacir yang lebih dahsyat lagi! Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan hamba-Nya. Subhanallah.
Apa pula kisah alim-alim rock ni? hehe...ini la yang saya sembang2 dengan kawan serumah di seberang jaya ni.Mereka gelarkan saya dengan alim-alim rock.Sebab? hehehe..dressing kelihatan agak orang kata,menjaga...tapi bila naik kereta saya..hah..hitz.fm!
Ahahaa..macam2 la korang berdua ni.Ada2 jela.Takde alim-alim rock...rock-rock alim.
Hidup kita ada 2 pilihan-ibarat hitam atau putih.jahat atau baik.tak ada grey zone.only black.or only white.then we decide which one to be us...dan kita diberi guidelines.
Al-Quran dan Sunnah Rasulallah.
Pilihlah!
yang paling baik! yang terbaik!Insyaallah.
Wallahu'alam.
1 comments:
first!!
ehehhe..
Post a Comment