Pages

Monday, June 28, 2010

pinjamkan aku barang sedikit..

Alamak...desas-desus lapor diri untuk posting dah makin rancak. Maklumat dari KKM, dikatakn 1 julai 2010. Masyaallah ! bersediakah diri ini? Ilmu..fizikal...mental..perasaan..iman...dan keyakinan..? Saya jadi gelisah. Boleh ke ni? Terkadang jadi keliru dan rasa bermimpi. Inilah jalan kupilih 6tahun lalu. Teruskan langkah. Seperti kata ayah, dulu sudah bercucuk tanam dan kini tiba masa memetik hasil. Untuk petik hasilnya, dah tentu perlu usaha. Berbeza dari hasil di akhirat sana, zaman kerjaya bukan lagi waktu bersenang-lenang.


Di ketika ini, saya rasa memerlukan seseorang untuk beri dorongan dan sokongan. Dan yang terdetik dalam hatiku sekian kalinya..hanya Dia. Tuhanku, insan ini perlukan keyakinan dari-Mu. Pinjamkan sedikit. Pinjamkanlah Ya Rabbi !

Saya juga ada melawat beberapa laman motivasi...sebagai pendorong semangat. Antaranya, 7 ciri pemburu kejayaan dari http://www.imotivasi.com/page/2

7 ciri tersebut ialah:
  1. Sanggup bersusah-payah.
  2. Sentiasa dahaga ilmu.
  3. Punya matlamat bertulis.
  4. Tetap pada 1 kemahuan pada 1 masa.
  5. Tetap pendirian.
  6. Kurangkan hiburan buat sementara waktu.
  7. Sentiasa mahu gapai kejayaan yang lebih besar dari sebelumnya.
Mengejar kejayaan di akhirat, tak semestinya kita kena tinggalkan hal-hal dunia. Kejar juga kejayaan di dunia, tapi biarlah kejayaan kita di dunia tak membuat kita lupa pada matlamat asal yakni mahu cemerlang di akhirat.

Dan percayalah, ALLAH mahu kita jadi orang berjaya. Sentiasa Berjaya !

4 comments:

ONE KEDAI said...

huh! xde ngapenyer..berkojer bknnye satu masalah,sekirenye ia di anggap masalah,ia bknnye masalah paling berat kt dunie nie..byk lg masalah lain..x sedia? ceh! ke"tidak sedia"an dlm melakukan koje itulah yg akn mewujudkan pengalaman yg best! haghung je hidayah oii..setiap masalah yg timbul PASTI akn berlalu..cume kite jgn smpai lupe padaNYA..jd ape yg nk ditakutkan?kan?kan?

Nurulhidayah said...

haha..tQ.kerana komen dgn panjang tu.bukan apa,saya selalu ditakut2kan dgn kak saya...deal dgn nyawa manusia (famasi-kena make sure ubat yg betul dgn kuantiti yg betul).mmg la sume perlukan pengalaman..haihh nak memulakan tanpa pemgalaman ni la yg jadi cuak.apa2 pun,teruskan jua.mana boleh patah balik !! haha..

Haziah Salleh said...

aku pon bru nk letak tips success kt blog aku... Aku pon cr motivation sbb da lame kn cuti n keje kite ni cam need consistency in terms of commitment~ hehe

Jom menuju kejeayaan \(^^)/

Nurulhidayah said...

Hayya a'lal falah !!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails