Pages

Monday, May 31, 2010

yang penting,bawa yang baik-baik!

Entah berapa hari sudah saya tak post kisah hidup si lebah. Banyak pulak aktiviti bersama keluarga sebab ramai yang balik cuti di rumah. Penatnya ~ Hmmmm...lately,saya terasa nak sangat pakai tudung labuh macam dulu2. Ada perasaan yang lain bila pakai tudung labuh ni. Tak tau nak describe macam mana. Tapi...saya rindu begitu! Walau bagaimanapun, untuk berubah,perlukan masa dan pemahaman yang tulus dengan perubahan yang kita nak lakukan ,moga2 istiqamah; yakni sedikit-sedikit tapi berterusan kekal, insyaallah.
Wallahu'alam. Mudahan diriku diberi hidayah selamanya hingga akhir hayat.

[si lebah mencari taman bunga yang lebih indah ^_^]

Thursday, May 27, 2010

sketsa pendek : secret admirer

Lucu betul bila berbual dengan kanak-kanak. Patah perkataan, penggunaan ayat dan pemahaman mereka pada sesuatu perkara selalu buat saya, ibu dan kakak-kakak akan ketawa sungguh. Kali ini tentang secret admirer. Iman yang sekarang berumur 11 tahun, bertanya kat saya; kakyo ade secret admirer tak? Tertawa saya buat seketika..takde pun iman.kenapa? Saya dah bermain-main mata dengan ibu saya. Tak sangka iman boleh bertanya direct begitu sekali. Iman terus jawab, patutla kakyo tak kawin2 lagi..kakyo takde secret admirer ! Aduh, macam tu ke pemahaman mereka tentang secret admirer. Lucu ! Saya terus tanya dia, iman ada secret admirer ke ni? Dia pulak ketawa..kawan iman la. Ada orang bagi surat kat dia.

...apa2 pun,telatah mereka jadi teman ketawa waktu cuti begini ! Lucu !

[si lebah rasa lucu dengan telatah adik-adik sekolah rendah]

permaidani



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Wednesday, May 26, 2010

tahajjud cinta


Lama sudah saya tak bertahajjud.
Patutlah macam tercari-cari cinta.
Rupa-rupanya, saya sendiri yang menjauh dari cinta itu.
Ya Ilahi, ku mohon kesabaran dari-Mu
istiqamah melaksanakan keinginan hatiku
bertahajjud cinta pada-Mu. Ameen ya Rabb !


::si lebah mencari cinta sejati::

kalaulah hidupku begini sehari-hari...


4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada aLLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tghri Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai perterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan solat sunat rawatib. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus.

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

[si lebah grabbed the text 99% from http://intan50.footpages.com/?&page=0]




abstract


i am me


Abstract thoughts.

Loves reality and abstract.

Intelligent and clever.

Changing personality.

Attractive.

Sexy.

Temperamental.

Quiet, shy and humble.

Honest and loyal.

Determined to reach goals.

Loves freedom.

Rebellious when restricted.

Loves aggressiveness.

Too sensitive and easily hurt.

Gets angry really easily but does not show it.

Dislike unnecessary things.

Loves making friends but rarely shows it.

Daring and stubborn.

Ambitious.

Realizing dreams and hopes.

Sharp.

Loves entertainment and leisure.

Romantic on the inside not outside.

Superstitious and ludicrous.

Spendthrift.

Tries to learn to show emotions.




in 1 word....abstract

Tuesday, May 25, 2010

TDM therapeutic drug monitoring


Defined by John Hopkins, therapeutic drug monitoring (TDM) refers to adjustment of drug doses based on measured plasma concentrations to attain values within a therapeutic range, an established range of concentrations in clinical studies associated with maximal virologic suppression and/or minimal adverse drug reactions.












********************************
Sebenarnya, perkara yang saya nak tulis di sini (disamping memperkenal salah satu bahagian dalam bidang farmasi klinikal; TDM) ialah untuk kiasan tentang hidup kita. Untuk memastikan keadaan hidup kita baik serta mendapat keredhaan juga keberkatan Ilahi, perlu kita sentiasa perhatikan dan seterusnya cuba perbaiki (monitor and try to make it better) kehidupan harian kita. Umpama menjalankan therapeutic drug monitoring (TDM), sebagai Muslim lebih2 lagi, sepatutnya kita pastikan perjalanan hidup kita sehari-hari sentiasa dalam range yang telah ditetapkan supaya mendapat optimal results. Dari mana pula kita nak dapat range tu? Tentulah 2 perkara yang Rasulallah SAW telah tinggalkan buat ummat manusia, yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Fikir-fikirkanlah.

Wallahu'alam.


Monday, May 24, 2010

bola

Suddenly...saya teringin nak main basketball. Rindunya!

Sunday, May 23, 2010

merpati putih

Haihhhh...seperti cinta datang lagi. Entah kenapa, saya seakan sangat mudah untuk jatuh hati..tapi sukarnya meluah rasa. Ya Allah, duhai Pencipta rasa cinta..berikan diri ini kekuatan menghadapi ujian-Mu.

Saya terpikat dengan si dia; saya namakan di sini sebagai merpati putih, mungkin dalam lebih kurang 1tahun yang lepas. Awal-awal dulu, saya sekadar terpikat atas nama persahabatan. Kami berkenalan melalui alam maya...facebook! Ahhh...facebook saja~ Perwatakan dia menarik hati saya..bersahaja, lucu, suka cakap direct, suka mengusik tapi pandai memujuk, friendly...bla,bla,bla..mestilah yang baik2 saja yang saya akan tulis. Bila hati dah suka, semua baik belaka.



Cuma, terkadang saya terasa indah dan sesekali umpama menyesak jiwa. Kami tak pernah bertemu sua..hanya kenal di alam maya. Dan saya tak pernah langsung percaya dengan jodoh pertemuan sebegitu rupa. Sungguh jauh dari sangkaan dan harapan. Apa2 pun...saya mesti dengan prinsip; hati kering. Men, (especially the young, single ones) always have the natural sense of flirting but maybe they themselves never realized it.



::si lebah dan merpati putih.sesuaikah?::

and that season has come

Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.

Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepadaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

[si lebah grabbed the text 100% from http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1335]

Saturday, May 22, 2010

the road must taken!!



Berusaha dan meletakkan pengharapan solid to our God. itu je yang perlu dilakukan sekarang selaku insan yang baru habis belajar di alam universiti. Pilihan jalan yang terlampau rencam. Silap pilih jalan maka masa depan pun mungkin tersilap. Kalau masa depan kat dunia ni yang tersilap je takpe. takut masa depan di depanNya kelak yang tersilap. parah tu.

Dunia ni memang penuh dengan pilihan. maka memang subjek kemahiran membuat keputusan amat bersesuaian diambil untuk taraf U3. Tibe je kan.. silap2. sebenarnya istikharah amat diperlukan sekarang. Bukan untuk kamu je tapi aku kamu dia dan mereka. masing2 perlu melakukannya. Tambah2 kondisi aku sekarang ni. masih memikirkan untuk sambung belajar ataupun terus bekerja.

Adui..susah gak ni. Adakah dengan aku bekerja terus aku mampu memastikan kelangsungan perkara yang aku usahakan berjalan lancar untuk aku? Maka istikharah lah jawapannya. istikharah..istikharah..do
a..tawakal kepada dia yang Maha Esa. so untuk entry kali ni mari kita belajar tentang solat istikharah. semoga kita sama2 dapat mengambil seberapa banyak manfaat daripada pengisian kali ni..Ada ke nabi suruh kita buat solat sunat ni?? Cara nya? bacaannya??


- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).



Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Sekadar ni je la ek? semoga pilihan yang kita buat dalam kehidupan ni adalah yang terbaik untuk kita. Dan percayalah pilihan Allah adalah yang paling terbaik untuk kita. Andai masih ragu dengan pilihan yang telah kita buat maka adukannya kepada yang maha mendengar. Dia mengetahui segalanya. Semoga pilihan aku dan kamu adalah yang terbaik untuk aku, kamu, dia, mereka dan yang paling penting untuk agama.

wallahualam...

[si lebah grabbed the text 100% from http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/05/road-must-taken.html]


Friday, May 21, 2010

go!go! our heroes!


Selamat menempuh perjuangan dalam menuntut ilmu wahai saudaraku! Nampaknya, sekarang sudah tiba peralihan perjuangan itu kepada saudara-saudara lelaki saya.

#1 Muhammad Adam | USIM | MBBS
#2 Firdaus | IPIK | Pendidikan Khas
#3 Hanif | SBPI Sabak Bernam | Aliran Sains | Ting. 5
#4 Muhammad Hafiz | MRSM Transkrian | Ting. 3

Nak kongsi sedikit nasihat untuk kita semua....

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.


(...kakyo takde la hebat masa di universiti sebab kurang bersungguh dalam berjuang. jadi,adik-adik sekalian,sila ambil iktibar!)

demotivator.com

Ahaaa...they say, increasing success is by lowering expectations. Demotivate people rather than motivate. In such scientific way to say it; reverse psychology! Sometimes, it is better to say the good things in a not-so-good perspective so that people would never be horribly upset if they could not achieve the goal. Let's take a look for few of their products here...and surely you will smile by yourself !



































It's best to avoid standing directly between a competitive jerk and his goals !





...hahaha !

Thursday, May 20, 2010

melawat si lebah bekerja

Sebab saya pinjam nama mereka (lebah), mari kita intai macam mana lebah bekerja menghasilkan madu yang boleh jadi penawar kepada manusia. Kemudian, saya akan cerita sedikit-sebanyak tentang kerjaya saya yang bakal ditempuhi tak lama lagi.Hehehe...jom layannnn!


Apakah Madu itu ?
Madu adalah cecair yang sangat manis yang dibuat oleh lebah. Komposisi madu terdiri dari berbagai proporsi fruktosa, glukosa, air, minyak dan enzim khusus yang diproduksi oleh lebah. (Glukosa dan fruktosa adalah jenis Gula)

Langkah pertama dalam membuat madu dimulai ketika lebah lapangan terbang dari bunga ke bunga mengumpulkan jus manis atau nektar bunga yang menyediakan. Dengan lidah mereka, lebah menghisap nektar lapangan dan menyimpannya di kantung dalam tubuh mereka. Setelah mengisi kantung mereka dengan jus ini manis, lebah lapangan terbang kembali ke sarang lebah mereka dan memuntahkan sari disimpan ke dalam mulut lebah rumah.

Lebah rumah ini ditugaskan tugas menambahkan enzim dari tubuh mereka untuk madu. Enzim yang menyebabkan air di madu menguap sehingga berubah-nektar menjadi madu. Terakhir, madu disimpan dalam sel sarang madu. Lembur, madu menjadi matang dan madu.

Kehebatan Madu…

* Madu adalah salah satu makanan paling mudah dicerna.
* Madu digunakan dalam obat batuk banyak karena yang halus, meredakan tenggorokan tekstur tebal.
* Sebagai hasil dari kemampuan unik untuk madu mudah menyerap udara, sering digunakan sebagai agen membasahi di baking.
* Honey datang dalam semua jenis warna dan rasa. Warna dan rasa madu tergantung dari berapa lama madu tersebut dan jenis bunga yang nektar diekstraksi dari.
sarang lebah madu telah lama diberikan manusia dengan madu dan lilin lebah. menggunakan komersial tersebut telah melahirkan sebuah industri budidaya lebah madu yang besar, meskipun banyak spesies masih terjadi di alam liar.

Tiga jenis Lebah Madu.

Lebah pekerja :

Inilah yang kebanyakan orang pernah melihat. Ini adalah lebah betina yang tidak seksual dikembangkan. Pekerja hijauan untuk makanan (tepung sari dan nektar dari bunga), membangun dan melindungi sarang, bersih, mengedarkan udara dengan mengalahkan sayap mereka, dan melaksanakan banyak fungsi-fungsi sosial lainnya.

Ratu Lebah :

Tugas ratu adalah sederhana-meletakkan telur yang akan menelurkan generasi berikutnya tentang sarang lebah. Biasanya hanya ada satu ratu dalam sebuah sarang. Jika ratu meninggal, pekerja akan menciptakan ratu baru dengan makan salah satu wanita pekerja diet makanan khusus yang disebut “royal jelly.” eliksir ini memungkinkan pekerja untuk berkembang menjadi seorang ratu subur. Queens juga mengatur kegiatan sarang oleh bahan kimia yang memandu perilaku lebah lainnya.

Lebah Jantan :

lebah jantan disebut drone-kelas ketiga lebah madu. Beberapa ratus lebah jantan tinggal di setiap sarang selama musim semi dan musim panas, tetapi mereka diusir untuk bulan musim dingin ketika sarang masuk ke mode bertahan ramping.

Lebah madu hidup disimpan dan serbuk sari musim dingin semua, dan cluster menjadi bola untuk menghemat kehangatan. Larva diberi pakan dari toko selama musim ini dan, dengan musim semi, sarang dipenuhi generasi baru dari lebah.

Ardhi 2010 : sumber bacaan antara lain : http://animals.nationalgeographic.com/animals/bugs/honeybee.html


[si lebah grabbed this from : http://kiathidupsehat.com/lebah-madu-apis-melifera-dan-proses-pembentukan-madu/]

Wednesday, May 19, 2010

menunggu memang menyeksakan...

Ya ! Menunggu tentu menyeksakan jiwa raga. Tunggu bas. Tunggu giliran di kaunter...apatah lagi untuk 'melabur'. Walau sesaat pun sudah macam sejam ! Oleh itu, menunggu sepatutnya sesuai dipasangkan dengan sabar. Menunggulah dengan sabar. Apa tu sabar?

Dari Saidina Ali karamallahuwajh. "Sabar termasuk dari sebagian iman, sama seperti kedudukan kepala bagi badan. Tidak ada iman bagi orang yang tidak sabar, sebagaimana badan yang tidak ada ertinya tanpa kepala"

Umar bin Al-Khaththab r.a. berkata. “Kehidupan yang paling baik ialah apabila kita mengetahuinya dengan berbekal kesabaran”

Menunggu dengan kesabaran, penghujungnya akan dijanjikan kemanisan. Kerana bila menunggu, masa ditunggu itu pasti akan tiba. Bila tiba waktu itu, hati akan gembira, bahagia tak terkata. Tanpa sabar, kita akan cepat melatah. Sikap cepat melatah boleh memudaratkan diri kita sendiri kerana kita akan lebih mengutamakan emosi berbanding pemikiran yang waras. Tambahan pula, sikap seorang mukmin ialah mengutamakan kaedah ilmiah atau mudahnya memikirkan secara terperinci akan sesuatu hal sebelum tindakan diambil. Kita mesti bertindak atas dasar pemikiran yang waras. Kerana tindakan melulu tanpa berlandaskan akal fikiran, bisa mengundang bahaya dan kesusahan kepada diri kita sendiri.

Haihhhhh....panjang pulak saya bersyarah ni. Sebenarnya nak cerita tentang kisah saya menunggu kerja. Hehe...menunggu kerja instead of mencari kerja. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, saya menghabiskan cuti panjang; mungkin cuti panjang terakhir sempena masih ada gelaran pelajar, dengan melepak di rumah. Tak seperti yang disangka waktu zaman sekolah dulu, menganggur tidak seseronok mana pun. Untuk seminggu dua percutian, ohhh....sungguh indah sekali! Bahagia! Tapi, syurga dunia tak kekal lama. Paling tidak, kita akan merasa kebosanan melanda. Bosan...bahagiakah?

Tatkala menjelang minggu ke-3 percutian, ibu ayah saya sudah bertanya-tanya...bila mula posting ni nurul? Entah-entah bulan 8 tak. Lama lagi ni...takkan la nak melepak kat rumah. Oh, seperti bisa kudengar soalan macam tu. Kalau berdasarkan pernyataan dari pihak KKM, kami mungkin akan diarahkan mula bertugas pada awal bulan 6. Mungkin...tiada kepastian di situ. Hmmm...saya sendiri dah mula gusar, kurang yakin dengan kenyataan tu. Boleh ke nak guna ayat tu untuk jawab balingan-balingan soalan dari kawan2, guru2 dan saudara-mara. Bila? Bila? Bila?????......sampai 1 masa, ibu saya berkata."tak payah la tunggu.lagi hang tunggu, lagi hang rasa lambat"

Nak tunggu lagi ke? Terkadang hati jadi gundah. Saya pujuk. Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Mintalah! Tenangkan dan teguhkan hati ini!

Pagi tadi...saya menjalankan tugas saya di rumah macam biasa. Bangun pagi. Tolong gosok baju adik-adik, ibu. Tolong ibu di dapur sikit2. Uruskan baju2 (sebab Hawa, adik yang juga sedang bercuti tak ada). Cuma, hari ini saya kurang sihat. Sakit perut dan period cramp. Selesai saja kerja2 penting, saya rehat...hingga terlena. Saya terjaga, jam sudah 12 tengah hari. Nasi ! Hehehe...penting tu. Jenguk dalam periuk. Masih ada banyak. Jadi, cukup panaskan saja. Elakkan pembaziran.

2 petang. Adik dan Iman pulang dari sekolah. Seronoknya budak2 ni dah balik. Boleh mengusik..kanak-kanak, apa yang keluar dari mulut mereka kadang-kadang "unexpected". Lucu ! "Honey-star; kawan adik kata - sayang bintang." Bekal honey-star yang saya pack untuk Iman pagi tadi habis dimakan di sekolah tadi. Tak lama kemudian, pintu di buka. Saya terdengar suara ibu.

"Nurul...ni hang dah dapat surat kerja"

Hah!???

Waaaaahhhhhhhhhhh!!! Dah dapat pun! Hari ni dah tak nak tunggu, terus dapat. Kemudian, ayah pula masuk. Rupanya ayah pun dah balik. Ibu hulurkan saya sampul surat putih tapi kandungannya dah dikeluarkan. Nama saya tertera di situ. Hati berbunga. Bunga. Indahnya. Cuma, surat tu dah keromot akibat diperosok dalam peti surat. Mujur ayah ambikkan dan hari ni tak hujan pun. Kalau tak, dah kebasahan la surat yang ditunggu tu. Ibu kata, ibu nampak ayah pegang surat tu kat luar masa sampai di rumah. Ibu terfikir...ayah ni tak sabar2 baca kat luar,mesti penting ni. Dan mereka gembira...ibu dan ayah yang dahulu baca surat lantikan saya sebagai pegawai farmasi gred U41.

Tarikh surat: 13 Mei 2010
Tarikh melapor diri: 30 hari selepas tarikh surat lantikan; maknanya sebelum 13 Jun 2010

3 minggu lagi saya akan menempuh alam kerjaya! Perasaan berbaur...riang dan gementar. Seronoknya dah dapat kerja. Dapat gaji..ada duit sendiri. Takutnya nak kerja...mesti tension nanti. Habis saya bercerita pada semua kawan2. Yeyyyyyy!! Alhamdulillah! dah dapat surat lantikan ^_^ setelah menunggu dan terus menunggu dengan sabar. Esok, kena mula bertindak selesaikan semua dokumen yang perlu untuk mula bertugas. Kena mula selak buku2 dan notes.


Tempat? ....surprise! saya pun tak tahu lagi...macam mana nak cerita.hehe...

.
.
.
.
.
.
.



[cik lebah menunggu lamaran bakal pasangan tercinta. siapakah? ....surprise!]






Tuesday, May 18, 2010

comotlah!



Tak banyak nak cerita...walaupun kata orang, a picture tells thousands stories.Hehehe..itulah wajah saya (hidayah yang bukan pengawas) ketika 12tahun yang lepas. Comot kan? Sekarang....comot jugak. Kadang-kadang je orang kata comel ^_^ ohhhhhhhh... i am blushing!

Dari Rasulallah SAW, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan" (Hadis riwayat Muslim & At-tirmidzi)

beauty lies in the eyes of the beholder
~credit to khairil husni for the pic !~

taaruf


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan.. Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
-Surah al-Hujuraat : ayat 13.



Kawan-kawan saya kata...

"She is...
D.ull
A.rrogant
Y.okel
A.trocious
H.ater
...but..don't worry,be happy and live long. Sume tu sifat-sifat -ve yang tak mungkin wujud dalam diri dayah..^_^...Nice to be your fren. P/S: yoss ni bagi dayah!"


"Hidayah,awok ni pakai tudung labuh,baguh la. Tapi,awok rapat dengan budak-budak tak juruh sangat. Kalau niat nak dakwah demo takpo la...tapi jangan terpengaruh pulok ye. Kalau awok present kat depe,asyik tersipu-sipu malu,ketawa-ketawa sendiri. Takyah la malu kalo kite buat bende betul k...Leaders tak buleh malu-malu cakap kat depan orang k..?"


"Hidayah. Keep the good work."


"Nurul Hidayah. Presentation skill kena improve lagi. Participate more in class."


"Dayah. Suka tengok Dayah ketawa. Semangat!! Dayah rajin ^_^ Keep up the good personality. Good luck!!"


"Nurul Hidayah. Hmmmm...Sorila ye aku tak kenal ko sangat.Ko pun tak penah nak bercakap dengan budak lelaki. Kalo boleh jangan la macam tu. Sama2 la kita merapatkan ukhwah ye. Tau ko malu,tapi sampai bila kan? Kita 4 tahun akan bersama"


"Nurul Hidayah. Your character somehow very dynamic; changeable. You look afraid & lack of confidence when you have to talk at the front. My advice, get involved in much more activities (faci team) to build it!!! You also look dependent o your colony. Be independent!"



"To Hidayah. Assalamualaikum. Nak komen ape ye? Emmm...Hidayah ni baik,rajin,seorang yang organized la. Tido selalu awal, bangun pun awal. Tu je kot. Akhir kata,senyum selalu. Tambahkan manis dalam senyuman ^_^ "



"Ko kena ubah sket ekspresi pada setiap kata2 orang kot...^_^ Kena cool sket hehehehe...Jangan la suka jeling orang."



"Dayah Ok je! Cuma confident sikit bila nak buat something,contohnya presentation. Good girl"


"Dayah. Rase Ok je...Dayah suke gelak n tengok orang...takpe..janji dayah tak cari pasal dengan orang..Keep on laughing dayah..hehe ^_^



"Dayah. Owh..My pengkritik...Ko Ok...dressing pun proper...harap maintain,insyaallah.Teruskan 'monitor' aku k..."



"Dayah. Hmmmm...My fren. Ok je tapi kadang2 gelabah hehe. Kurangkan sket gelabah tu. Be more confident important for your professional career. Yang lain Ok je :)"



"Nurul Hidayah. Pro-baik,peramah,friendly. Con-pemalu sangat."



"Hidayah. Die ni Ok je. Dalam kelas, bagus je. Duk je diam2 kat tempat die. Die suke ketawe. I like!! ^_^"



"Nurul Hidayah. No comment! Sorry! ^_^"



"To Dayah, awak dah baik dah sekarang. Harap teruskan begini"



"Dayah. Jangan gelak over-enthusiastic..hehe ! Sometimes feeling cannot be expressed by words. Overall: perangai OK!"



"Hidayah. Wanita muslim yang bagus^_^ Kurengkan kepasifan tu sket ehe..eg:semangat sikit time berdiri kat depan"



"Salam...Hidayah, Baru beberapa bulan kenal, takleh cakap lebih2 sangat2lah. Orangnya baik...nampak Ok...penampilan Ok...Teruskan penampilan sebagai muslimah sejati. Jaga adab & penampilan muslimah. Kalau bukan orang Islam yang jaga, sape lagi kan...Nampak macam pendiam...ermmm,tak tau nak bagi tau apa lagi...cume, hanya kita yang lebih tau mana kelemahan kita. Jadi,berubah & berusaha untuk jadi lebih baik setiap masa,berubah kerana Allah...dan ikhlas kerana-Nya."



"Hidayah. Be brave and keep smiling ye...All the best for your future ^_^ May Allah bless us all"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ulasan-ulasan di atas tu...semuanya clasmates UIA saya yang tulis. Masa kitorang 1st year dulu. Ada yang saya kenal penulisnya...dan sebahagiannya saya tak tahu pun. Sepatutnya memang dirahsiakan...tapi biasalah...dah berkawan,kenal jugak tulisan tangan diorang kan. Semua kertas2 diorang masih lagi saya simpan elok2 dalam file khas untuk kenang-kenangan.

Sekarang,dah 4tahun berlalu lepas komen-komen tu ditulis. Rasanya,ada jugak sikit perubahan pada diri saya...ada yang positif,ada jugak negatif. Lumrah manusia. Apa-apa pun,mesti kena berusaha ke arah yang lebih baik,hari demi hari! Baru-baru ni saya melawat SMKA Kerian yang dah hampir 6tahun tak di jejak. Hampir semua cikgu saya kata..saya dah kurus,saya dah banyak bercakap dan tak diam macam dulu. Hehehe...people change~






....dan ada kawan saya kata, hidayah ni diam-diam ubi rebus!

Monday, May 17, 2010

the last song


when i look at you by miley cyrus

Everybody needs inspiration,
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights so long

Cause there is no guarantee
That this life is easy...

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

When I look At You I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars Hold the moon
Right there where they belong
And I Know I'm Not Alone.

Yea when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like Kaleidoscope colors that
Cover Me, All I need every
Breath that I breathe don't you know
You're beautiful...

Yea Yea Yea

When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you
I look at you

Yea Yea Oh OH OH

And you appear Just like a dream
To me...

terus meminta...


Sudah lebih sebulan saya menamatkan zaman universiti.Masih lagi menunggu.Serasa ada tekanan sedikit, menelusuri hari demi hari...yang seakan-akan sama.Dan saya akan terus meminta kepada DIA...tenangkan dan teguhkan hati ini !

Saturday, May 15, 2010

hidup si lebah


Alhamdulillah..akhirnya,saya dah ada blog.Dah lama saya idam-idamkan untuk menulis blog.Tapi,banyak pula halangan.Sekejap-sekejap rasa malas..tak ada mood..kurang motivasi..macam-macamlah!Dan benda yang paling menduga ialah "mindset" yang mengatakan SUSAH nak memulakan blog seterusnya untuk maintain.Haihhhhhhhh...mengeluh panjang dibuatnya.Kali ni,saya nak berusaha teruskan dengan penulisan blog ni.Mudah-mudahan istiqamah,insyaAllah.

Dengan tajuk Si Lebah,mesti pelik kenapa serangga ni yang jadi pilihan.Hehe...sebenarnya,mula-mula sebab saya pilih lebah;facebook!Baru-baru ni saya ada try 1 application di facebook dan keputusannya...

Lebah Madu yang Berdisiplin!

facebook...facebook...ade-ade je la.Kemudian,bila ditelek-telek,direnung..banyak jugak faedah yang boleh diambil sebagai contoh daripada makhluk ciptaan Allah yang satu ini.Dalam Quran pun ada cerita tentang lebah!Khas!...yakni surah An-Nahl.Selain sentiasa berzikir kepada Penciptanya,manusia mengenali lebah dengan sifat rajinnya.Dan lagi,madu lebah boleh jadi penawar.Hah!sesuai dah dengan profesion yang bakal saya tempuhi tak lama lagi.

Rasanya,cukup dulu untuk kali pertama ni.Tak perlu panjang-panjang lagi.Saya budak baru belajar.Jadi,harap tunjuk ajar dari semua!
Related Posts with Thumbnails