Pages

Sunday, December 19, 2010

Wednesday, December 15, 2010

keep hope alive!

stresssssssssssssss out!

saya selalu rasa fed-up dgn kerja...walaupun takde la serius sgt masalah yg dihadapi semasa kerja tu.huuuuuuh..tula..mindset sentiasa negatif je.terkadang rasa tidak mahu berharap sbb bila berharap semacam tak tercapai.tapi bila baca SOLUSI,tak sampai hati utk berputus harap.berputus harap itu sama juga berputus asa...dan Allah sgt murka dgn hamba-Nya yg lekas berputus asa.

so, let's KEEP HOPES ALIVE !!

Insyaallah, Allah is always by our side. Just PRAY & KEEP HOPES ALIVE!

Wednesday, December 1, 2010

ku menangis lagi

kali ini aku tewas lagi.aku menangis lagi...kerana cinta sang manusia.mungkin kali ke-3.aku letih ya Allah.kenapakah aku ditemukan dengan mereka itu..sedangkan tidak ditakdirkan jadi pasangan hidupku.lewat lagikah akan tibanya hari pertemuan aku dengan bakal suamiku..

ya Tuhan..tabahkan hati ini.

Wednesday, October 13, 2010

smile!!!




on the stage




bersama ibu , ayah dan kakmah!!
terima kasih semua

Monday, October 11, 2010

appreciate & motivate

Dah lama sangat tak update blog ni...aduh..kurang istiqamah. Terlupa pada janji kepada diri sendiri utk terus menulis bila dah ada blog. Susah2 saya berusaha nak mula berblog, dah baru beberapa bulan (belum sampai 1thn) , makin berhabuk ..bersawang sarang si lebah ni. Dulu kata nak nak jadi si lebah....mestilah kenalah rajin!!!

Kali ni nak cerita tentang appreciate & motivate. Currently, saya attach di klinik kesihatan seberang jaya. 2 hari pertama tu saya tak dapat datang sebab konvo. Hari rabu (3rd day), baru la dapat datang.

Dipendekkan cerita, saya diberi tugasan oleh ketua pegawai farmasi di situ utk buat graf tentang study of use of ranges of anti-diabetic. Aduhhhh...excel la pulak. Saya memang out betul kat excel ni....hehe..tidak excellent utk excel. Tapi, saya terima jela tugasan tu. Takkan nak tolak kot. Cuma apa yang nak disampaikan disini ialah berkaitan leadership skills.

Saya kurang setuju dengan cara pegawai tersebut delegate task. Tegas itu perlu tapi ada caranya. Dan paling penting, sebagai orang atasan, bagi saya, appraisal sangat penting. Ini adalah salah satu kaedah utk memaksimakan hasil kerja disamping mendapat kualiti yang paling baik. Bukan hendakkan pujian utk melakukan yang terbaik, tapi fitrah manusia itu sendiri...bila dihargai, maka mereka akan lebih berusaha dari yang biasa. Haa...ingat! Pujian pun ada caranya. Tak lebih, tak kurang...mestilah sedang elok saja. Inilah leadership skill yang tak semua orang ada tapi semua orang boleh usahakan jika mahu.

Contoh positif yang saya nak bawa di sini ialah seorang lagi pegawai di KKSJ. Sebolehnya saya nak contohi cara dia. Bila saya diminta utk tolong buat sedikit kerja, dia minta dengan sangat sopan. Tak terlalu menyuruh. Sambil2 tu dia bual2 tentang hal2 lain yang santai. Dan paling menarik hati saya, bila saya selesai 1 kerja yang mudah, mesti dia hargai..

" wah..very good hidayah!"

...dengan gaya two thumbs up.

dan lagi, bila saya dapat selesaikan semua tugasan, dia hadiahkan key chain!

Sedangkan key chain tu biasa2 saja...saya rasa seronok. Pulang ke rumah dengan hati yang riang ^_^

Saya nak jadi pegawai yang best mcm tu juga !!!

my convocation 041010

Alhamdulillah...akhirnya saya berkesempatan untuk merasai kegembiraan menyambut graduasi/majlis konvokesyen. Lama tau nak tunggu konvo...almost 6 years!! Macam tahap budak medic, tapi farmasi je.

Gembira sangat. Saya nak upload pix kat sini, tapi line sangat slow...so next time jela ye.

Rasa macam hari konvo tu berlalu dengan cepat. Tak puas. Nak konvo lagi!...so kena la belajar lagi!

Friday, October 8, 2010

entri pertama oktober

alhamdulillah...majlis konvokesyen saya untuk graduasi ijazah sarjana muda berlangsung dengan lancar...walaupun di awalnya ada sedikit kekalutan.
takde apa sangat nak cerita..so, jom kita layan gambar jela!!


Wednesday, September 22, 2010

before..

Memilih Bakal Suami

April 9, 2007

Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.

Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami

Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untukberkahwin.Antara tujuannya ialah:

  1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
  2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
  3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

April 3, 2007

Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.

Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.

Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.


100% grabbed from a wordpress.

Saturday, September 18, 2010

99 names of allah by sami yusuf.....mp4

saya nak kahwin!!

hehe...menarik ni....kalau anda nak tahu,sila klik laman berikut...tips cari jodoh menurut syariat Islam

something about love

Every night it’s all the same
You’re frozen by the phone
You wait, something’s changed
You blame yourself every day
You’d do it again
Every night

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free

There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love

When you were young
Scared of the night
Waiting for love to come along
And make it right
Your day will come, the past is gone
So take your time
And live and let live

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free

There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart

Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love

Don’t fight
Don’t hide
Those stars in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight
Let em’ shine tonight

Hang on
Hang in
For the ride of your life
It’s gonna be alright
Hold on tight

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free

There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees (to your knees)
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love

Whoa oh oh oh..
Set’s you free
There’s something bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain

Sunday, August 29, 2010

7 amalan sunnah Rasulullah

1) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Rujuk Surah Az- Zumar : ayat 9 dan Surah Al Israk : ayat 79 Hadis nabi:" Kemuliaan seorang Mukmin, terletak pada Solatnya di waktu malam"(Fathul Kabir)

2) TADABBUR AL QURAN ( Mengaji dan Mengkaji Al Quran). Hadis nabi:" Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya (Allah), maka bacalah AlQuran"

3) SOLAT BERJAMAAH ( DI MASJID, MUSOLLA / SURAU ) Antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat Subuh di masjid / musolla.

4) SOLAT DHUHA Hadis Rasulullah:" Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya".

5) BERSEDEKAH "Carilah Rezeki dengan berSedekah"

6) MENJAGA WUDHU’ Hadis rasulullah:"Tidaklah memelihara wudhu kecuali orang-orang yang Beriman" (H.R Ahmad, Ibnu Majah Ad Darimi, Ibnu Hibban)

7) SELALU BERISTIGHFAR Istighfar adalah Zikir yang dapat membuka kunci Rezki Dunia dan Akhirat, memberikan penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan, mendapatkan ketenangan batin, keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah dan nikmat hidup yang baik ....

Rujuk Surah Hud 11: ayat 3 Semoga amalan-amalan Sunnah yang basic ini akan memberikan kita kekuatan untuk berkecimpung di dalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.Semoga amalan ini dapat kita lakukan dengan istiqamah supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada allah taala...

Berusahalah menjadi insan yg terbaik,bukan sahaja menjadi muslim mukmin,bahkan menjadi mukmin muttaqin...Insya'allah... Allahu'alam...


Friday, August 27, 2010

lirik lagu: azfar||akan ku jumpa

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu




Wednesday, August 25, 2010

alim-alim rock

salam untuk semua...salam Ramadhan kareem. Masyaallah,cepat sungguh masa berlalu. Hari ni 25 ogos 2010 dah pun bersamaan 15 Ramadhan 1431. Ramadhan berlalu tahun lepas, sudah setengah Ramadhan kali ini. Saya pun dah lama sangat tak menulis di sini. Entah apa yang disibukkan semenjak menempuh dunia kerjaya. Masa itu ada, cuma mungkin saya tak berjaya mengisinya dengan se-optimum yang boleh.

Pengalaman berkerjaya? Alhamdulillah. Lepas hampir 2bulan bekerja, sedikit sebanyak saya dapat sesuaikan diri. Badan pun dah agak biasa dengan waktu kerja 8pagi-5petang. Lebih syukur lagi, sudah 2bulan gaji yang saya terima. Ya Allah, moga Engkau berkati rezeki yang dikurnia ini!

Tak banyak yang saya nak cerita kali ini.Andaikata hendak di tulis semua pengalaman yang dilalui,memang banyak.Pelbagai jenis manusia yang saya dah temui dan mungkin semakin dikenali.Alhamdulillah! inilah nikmat dari Tuhan.Kepelbagaian sifat manusia.Maka kehidupan manusia sejagat jadi berseri.Ada begitu,ada begini.Cuba bayangkan kalau-kalau semua manusia bersifat begitu sahaja;tak ada yang begini,mungkin hidup jadi membosankan atau lebih menakutkan jadi kucar-kacir yang lebih dahsyat lagi! Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan hamba-Nya. Subhanallah.

Apa pula kisah alim-alim rock ni? hehe...ini la yang saya sembang2 dengan kawan serumah di seberang jaya ni.Mereka gelarkan saya dengan alim-alim rock.Sebab? hehehe..dressing kelihatan agak orang kata,menjaga...tapi bila naik kereta saya..hah..hitz.fm!

Ahahaa..macam2 la korang berdua ni.Ada2 jela.Takde alim-alim rock...rock-rock alim.

Hidup kita ada 2 pilihan-ibarat hitam atau putih.jahat atau baik.tak ada grey zone.only black.or only white.then we decide which one to be us...dan kita diberi guidelines.

Al-Quran dan Sunnah Rasulallah.

Pilihlah!

yang paling baik! yang terbaik!Insyaallah.

Wallahu'alam.


Sunday, August 8, 2010

Saturday, August 7, 2010

talian hayat

sepanjang 1 minggu dijadualkan untuk on-call TDM (PCM and salicylate toxicity),saya banyak belajar benda2 baru. dan yang paling berharga adalah pengalaman. sesungguhnya pengalaman itu menjadi sangat berharga bila ia datang bersama masalah. INGAT! pandanglah masalah yang tiba itu dari sudut positif maka kita akan merasa masalah itu datang dengan tujuan didikan penuh kasih terus dari Allah..Tuhan yang Maha Penyayang.

bila ada masalah,kita akan berdoa sebab kita tahu yang kita sangat lemah seterusnya perlukan sandaran. Allah jadikan kelemahan untuk kita mencari dia...yakni dengan DOA.

berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta,kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. doa ialah pengabdian dari seorang hamba kepada Tuhannya.


Monday, August 2, 2010

belajar bertenang

Hari ni..2/8/2010..saya melalui pengalaman pertama untuk menjalani on-call untuk TDM (PCM poisoning). Hee..sangat menarik sekali. Baru saja saya tiba di rumah, lebih kurang jam 5.20 petang, saya terima panggilan dari TDM hospital kulim. Oh, saya kena run assay untuk suspected PCM poisoning!! Tak sangka seawal ini saya terima panggilan. Masa terima panggilan tu, tak la cuak sangat. Semuanya berjalan lancar. Cuma bila sample yg ditunggu tu sampai agak lewat; hampir waktu maghrib, saya jadi kalut. Tak tahu la apesal entah jadi macam tu. Bahagian yang paling mendebarkan, bila saya off suis mesin TDM tu, ade pulak bunyi yang tak sepatutnya. Haihhh...rosak ke ape mesin ni. Jangan la buat hal pulak. Heart rate pun increase. Semua jadi macam kelam kabut. Nak call orang lain untuk bertanya, tapi hari ni pulak line telefon bermasalah. Aduh~teruji sudah hatiku. Ya Allah..
Alhamdulillah, saya sempat juga telefon miss Ooi untuk tanya dan sempat juga miss Ooi bagitahu jalan penyelesaian. Mudah je...on kan semula suis utama. Fuhh..lega Alhamdulillah. Moga esok semuanya dalam keadaan sediakala.
Dan akhir sekali, tak disangka, saya ter selisih dengan husband kepada kakak sedara saya, abg icam. Selamba je saya tegur..tindakan refleks! Dia pun terkejut. Hehe...kelakar2..begitu rupanya Allah susun kehidupan saya hari ini. MASYAALLAH! terharu..sungguh cantik. Allah susun dengan kasih cintaNya sementara saya berusaha menyusun dengan ikhtiar cita-cita.
Wallahu'alam.

Tuesday, July 27, 2010

pharmaceutical care issues (PCIs)

Sempena saya sedang attach di bahagian klinikal untuk 6minggu 26hb7-3hb9, saya nak share la sikit tentang apa yg kena buat nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CLASSIFICATION OF PHARMACEUTICAL CARE ISSUES
Compiled by:
Andrew McGuire, practice pharmacist, Tayside Primary Care NHS Trust
Debbie Jamieson, independent pharmaceutical consultant
Fiona Arris, Community pharmacist, Aberdeen
Janet Krska, Chair, Research Committee, The College of Pharmacy Practice and
practice pharmacist, Tayside Primary Care NHS Trust
John Cromarty, Trust Chief Pharmacist, Highland Acute NHS Trust

please refer this page for more information.

Sunday, July 25, 2010

nice quote

"Contrary to normal perception, achievers actually fail more times than non-achievers..simply because they try more times than non-achievers.."

Friday, July 23, 2010

never take for granted



Salam semua. Sejak dah mula bertugas, saya dah jarang online; termasuk facebook. Penat sudah tentu. Lagi pula, bila tak lagi tinggal bersama keluarga, makan minum perlu fikir sendiri. Tambah lagi keperluan rumah sewa. Selain nak rehat, kena juga prepare untuk hari esok. Tak seperti yang dijangka dulu, tugas tak macam kerja part-time di retail pharmacy. KNOWLEDGE is VERY IMPORTANT!

Ada sikit rasa menyesal sebab tak belajar demi ilmu disamping untuk berjaya dalam exam. Hmmm...sekarang dah kena study kali ke-2 pulak dah...
Takpela...ada hikmahnya ni. There's always blessing for every single thing happened. Sekarang, saya perlu bersedia sepenuhnya untuk mulakan perjalanan baru. Referred to the previous post; jadual saya, unit pertama tugasan saya ialah medical ward. Ahaaa...bila saya sebut je medical ward, kawan PRP (provisional registered pharmacist) lama dah buat muka ..wahhhh...start at the most challenging maaa..be prepared! haha...ape nak buat, tempuh sajalah~

duration:6weeks
1week: ICU
1week:pediatrics
2weeks:female ward
2weeks:male ward

what to prepare?
--------------------knowledge on pharmacotherapeutics
---------------------counselling
------------------------communication skills

hidayah, don't worry ok.everything will be just fine.
pray hard & work smart
insyaAllah

Wednesday, July 14, 2010

jadual saya


ward pharmacy - 26july-3sept (6weeks)

outpatient department - 6sept-1oct (4weeks)

klinik kesihatan - 4oct-15oct (2weeks)

outpatient department - 18oct-26nov (6weeks)

store - 29nov-24dis (4weeks)

enforcement - 27dis-7jan (2weeks)

CDR - 10jan-4feb (4weeks)

TDM - 7feb-4mar (4weeks)

inpatient department - 7mar-29apr (8weeks)

manufacturing - 2may-13may (2weeks)

DIS - 16may-10jun (4weeks)

TPN - 13jun-10july (4weeks)

TOTAL : 50weeks


SELAMAT BERKHIDMAT!
kerjaku , ibadahku...InsyaAllah.

Thursday, July 8, 2010

...speechless...

ya Allah..tabahkan hatiku dikala ujian menimpa sebegini..bila jiwa terasa putus segalanya.

Wednesday, July 7, 2010

cute ads ~ Cadbury Eyebrows (official version)

amalan 5S

Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

5S Tingkat Produktiviti Organisasi

"Mulai tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan Ketua Menteri) akan memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan. Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan Ucapan Perdana 2004

[cik lebah grabbed the text 100% from http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s.html]

p/s: please read more on the stated website!! ^_^

Thursday, July 1, 2010

Lenka - Trouble Is A Friend (Lyrics)





Haa..i like this song...coz it reminds me of that someone ! ^_^



my heart will go on


There goes myself again. L.O.V.E. And my heart will go on. It aches when I feel the love knocks on it. Once in a while, I could not help myself being stranded in this sick feeling. It is more like a war or a thunderstorm or something that makes me somewhat scared...or worried that I never be escaped safe and sound. Since I had once frustrated with my first love, I don't put hopes on having a relationship with someone. But still the curiosity of meeting my destined true love keeps pounding the soul. Oh, the worse thing ever happen is that I am now has developed the unwanted feeling towards someone...whom I never met in real or even talked on the phone. I would say I hate it yet I can't deny.

I knew him through the so-called hi-tech cyber-world. Aha..few of my friends might know this guy (shhhh!! don't you tell others aa..) because I talked about him quite always..hehe. I had accidentally added him as my cyber friend at which actually I just wanted to see his beautiful scenery pictures; captured and edited. He accepted me. I was so happy. Remember, always expect the unexpected! He asked me whether we knew each other or not...nice and very decently...with sense of humor. Arghh! I never wanted it to be happened. I've regretted. Yet it is not his fault to be so much friendly with people, now I feel like to push him out of my life. And delete all the memories with him. In quite a little time, I had so much to not to forget him. I might say he likes to flirt with girls, collecting girl-fans (instead of girl-friends) of him..ewww ~ see...now the jealousy biting me in and out. I love him. It sucks! Waaa...why he did this to me?

Flirting? I realized it for long time enough. He flirts with me..just like with the other girls out there. I've read an article on "The things we talked about", saying the reasons for a guy to flirt.

"Well some men flirt just to see if they got it 'Game' that is. It's just a way for them to solidify what it is they already believe. Sometimes, men even flirt just to get a girl to feel good about herself, even if he isn't interested in her. Men flirt many times just to make women feel good and lift up her self-esteem. And sometimes, to be honest, men flirt because they are looking to take it that step further especially if they see that they do have a chance, meaning if the girl is giving the time of day"

These are not what I've been dreaming of. None of them.


(naaahhh...not so serious lah.cik lebah just want to test. urghhh...my english~ keep reading!)



**************************************************

my perfect coffee-mate ^_^


Wednesday, June 30, 2010

Monday, June 28, 2010

pinjamkan aku barang sedikit..

Alamak...desas-desus lapor diri untuk posting dah makin rancak. Maklumat dari KKM, dikatakn 1 julai 2010. Masyaallah ! bersediakah diri ini? Ilmu..fizikal...mental..perasaan..iman...dan keyakinan..? Saya jadi gelisah. Boleh ke ni? Terkadang jadi keliru dan rasa bermimpi. Inilah jalan kupilih 6tahun lalu. Teruskan langkah. Seperti kata ayah, dulu sudah bercucuk tanam dan kini tiba masa memetik hasil. Untuk petik hasilnya, dah tentu perlu usaha. Berbeza dari hasil di akhirat sana, zaman kerjaya bukan lagi waktu bersenang-lenang.


Di ketika ini, saya rasa memerlukan seseorang untuk beri dorongan dan sokongan. Dan yang terdetik dalam hatiku sekian kalinya..hanya Dia. Tuhanku, insan ini perlukan keyakinan dari-Mu. Pinjamkan sedikit. Pinjamkanlah Ya Rabbi !

Saya juga ada melawat beberapa laman motivasi...sebagai pendorong semangat. Antaranya, 7 ciri pemburu kejayaan dari http://www.imotivasi.com/page/2

7 ciri tersebut ialah:
  1. Sanggup bersusah-payah.
  2. Sentiasa dahaga ilmu.
  3. Punya matlamat bertulis.
  4. Tetap pada 1 kemahuan pada 1 masa.
  5. Tetap pendirian.
  6. Kurangkan hiburan buat sementara waktu.
  7. Sentiasa mahu gapai kejayaan yang lebih besar dari sebelumnya.
Mengejar kejayaan di akhirat, tak semestinya kita kena tinggalkan hal-hal dunia. Kejar juga kejayaan di dunia, tapi biarlah kejayaan kita di dunia tak membuat kita lupa pada matlamat asal yakni mahu cemerlang di akhirat.

Dan percayalah, ALLAH mahu kita jadi orang berjaya. Sentiasa Berjaya !

Sunday, June 27, 2010

naik kereta dan makan pisang

Cerita ni dah agak lama. Masa cuti sekolah awal bulan jun. Tak berkesempatan untuk menulis atas halangan yang bermacam-macam. Cerita tentang macam mana saya baru tahu sunnah Rasulallah SAW ketika menaiki kenderaan dan makan buah pisang...

Saya baru tahu adab menaiki; baca doa naik kenderaan dan adab makan pisang ni masa dalam perjalanan pulang ke kampung di Muar, Johor. Adik saya, Hanif (17tahun) yang bercerita. Hehe..mujurlah ada adik yang ambil berat pasal ni. Lagipun, cara penyampaian pun menarik. Santai bersama adik-adik.

Adab baca doa naik kenderaan:

1) Tadah tangan dan berdoa.


2) Kemudian, pandang ke langit dan senyum.


Adab makan pisang:

1) Basuh tangan.
2) Baca Bismillah atau beserta doa makan.
3) Guna tangan kanan.
4) Buangkan kulit pisang. Kerat pisang tu kepada beberapa bahagian (~2ruas jari) dengan menggunakan tangan.
5) Belahkan bahagian2 kecil tu kepada 3 dan makan satu-persatu.






Saturday, June 26, 2010

sepi berlalu...

Lama dah tak update blog saya ni. Sejak mula cuti sekolah, bila adik2 ramai pulang, jarang sekali nak update. Tambah lagi, saya dan keluarga pulang ke Johor melawat atuk. Kemalasan untuk menulis di sini makin melarat. Kemudian, sibuk pula dengan adik yang akan ke universiti selepas tamat pengajian di matrikulasi. Tak habis di situ, saya ditimpa sakit demam selesema pula hingga saat ini. Aduh, tak larat sungguh walau sebenarnya tidaklah begitu serius. Sengsara bila nikmat sihat hilang sekejap. Terlantar jadinya. Moga musibah ini jadi kaffarah (penghapus) dosa-dosa silam dan akan datang.

Allahumma 'afini fi badani
Allahumma 'afini fi badani
Allahumma 'afini fi badani

Friday, June 18, 2010

baby panda!










Wednesday, June 9, 2010

peringatan



*********************************

Monday, June 7, 2010

kalau offer rm10,000..?



Di kala musim kenduri kawin begini, keluarga saya tak ketinggalan berbicara tentang walimah.

Ibu ada bertanya...
"kalau nak kawin nanti...katakan,ayah bagi pilihan; nah, ada rm10,000. Cash. Ada 2 pilihan:
1) buat kenduri guna duit tu
2) ambil je cash sebanyak tu untuk kegunaan rumahtangga. Untuk walimah, buat saja kecil-kecilan cth: buat bacaan Yaasin di surau tetangga+jamuan seperti bihun sup atau goreng atau sebagainya yang bermodal kecil"

"Hanif..? nak pilih yang mana?" Diam. Hanif pilih yang ke-2.
"Adam..?rasa-rasanya nak kenduri atau ambil?" Adam tergelak. Entah. Tak dapat nak pilih.
"Kakyo pulak?" hehe..saya sengih saja..tak tahulah ibu..tak boleh nak pilih lagi.

Di bawah, saya sertakan beberapa rujukan yang berkaitan. Maka, kita pilihlah yang paling baik !

Related Posts with Thumbnails